Wednesday, April 2, 2008

isytihar harta

Di dalam hal ini , sepatut semua YB seharuslah menjalankan kewajipan ini, kerana mereka dipilih oleh rakyat , samada BN atau Barisan Rakyat, maka mereka berserta ahli keluarga mereka berkewajipan mengisytihar harta mereka bagi menjamin ketelusan sepenuhnya dan dapat menjauhi amal salah laku rasuah .

Cuepacs ancam boikot

‘Tindakan ini bukan satu ugutan kerana kami telah mengemukakan tuntutan ini sejak berapa lama dan perbincangan juga telah diadakan sebelum ini tetapi sehingga kini belum ada kata putus daripada kerajaan,” kata Presiden Cuepacs.

Sebenar bagi saya tindakan ini adalah wajar kerana, pihak JPA dan kerajaan pada umumnya akan mengambil berat di dalam perkara ini, namun ianya hanya umpama debu ditiup angin.

Pemberian saguhati sebanyak Rm2000, pada mata kasarnya menampakkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar namun pada hakikat ia memberikan pulangan yang besar kepada rakyat dan kerajaan, jika dilihat pemberian bonus oleh Syarikat berkepentingan kerajaan seperti Petronas kepada kakitangannya memanglah banyak.

Haruslah diketahui gaji kakitangan Malaysia adalah sangat rendah jika dibanding dengan Singapura atau Australia. Gaji pensyarah Phd Malaysia, boleh dikatakan sama dengan nilai gaji pekerja peringkat "junior" post Australia. Kenapa hal ini berlaku? Mungkin kerajaan tidak nampak impak sebenar. Itu belum lagi jika hendak dibandingkan dengan skim kakitangan yang lain, namun di dalam hal ini kita selalu bandingkan dengan negara membangun atau miskin, seperti Indonesia. Apalah gunanya jika membuat perbandingan, jika perbandingan tidak setara...